My Blog List

Wednesday 6 June 2012

berubah??penting ke??

Assalamualaikum..Dah lama tak update apa-apa kat sini..boleh katakan sejak masuk sem 6 terus tak bukak blog..hehe
Tiba-tiba pulak tergerak hati tuk jengah blog ni.. Banyak benda yang saya dah lalui sepanjang sem 6 ni..tinggal berapa mggu je lg nak abis..banyak perkara yang saya nak kongsikan..


Topik yg saya nak utarakan hari ni ialah hijrah..hurmm..kalau mendengar saja perkataan ni kebanyakan daripada kita pasti akan terfikirkan tentang hijrah Rasulullah S.A.W. kan.. Hari ni saya tidak bercadang untuk membincangkan mengenai hijrah itu kerana saya bukan lah seorang yang banyak ilmu agama..Tapi dari pemahaman saya yang umum maksud hijrah itu adalah berubah..Berubah itu luas konteksnya..

Berubah perangai, tingkah laku dan tempat tinggal merupakan contoh-contoh hijrah.. Sebenarnya banyak lg jenis-jenis hijrah yang manusia boleh lakukan.. Tapi hari ni saya tertarik untuk mengupas tentang hijrah sifat dalam diri kita.. Bila kita berbicara berkaitan dengan hijrah/berubah sudah pastinya kita mahukan dari tidak baik kepada yang lebih baik.. Kalau dah baik kepada yang lebih baik.. Dari negetif kepada positif..

Saya tertarik melihat perubahan seorang kawan.. Seorang yang baik sewaktu saya mengenalinya dulu dan berubah menjadi lebih baik.. apa yang pasti saya nampak wajahnya sangat berseri-seri sekarang..itu dari baik kepada yang lebih baik.. Kalau dari tidak baik berubah kepada baik macam mana la pulak ye.. Mesti lg seronok untuk melihatnya.. Melihat semua perkara depan mata, meninggalkan persoalan dalam diri saya.. Bilakah agaknya saya nak berhijrah??hehe..Persoalan tu x mampu saya nak jawab sekarang..Tapi yang pasti saya inginkannya juga.. Dan diharap ianya hakiki sehingga tiba hari saya di jemput ke alam lain..InsyaAllah..^__^

No comments:

Post a Comment