My Blog List

Monday 20 February 2012

untuk apa??

          Assalamualaikum.. Dengan menyebut nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.. Segala puji bagi Allah..Tuhan yang menciptakan langit dan bumi.. Entry kali ni bertajuk untuk apa.. Sebenarnya topik ini lebih menjurus kepada diri saya tetapi saya terfikir kenapa tidak saya cuba untuk luaskan skopnya untuk dijadikan pekongsian ilmu bersama.. 

          Kalau diamati betul-betul, topik ini sangat luas.. Kalau difikirkan setiap yg kita hendak lakukan mesti bersebab(ada orang kata orang gila je yang buat sesuatu tu tanpa sebab).. Sebab boleh disama ertikan dengan niat atau pon nawaitu.. Setiap apa yang kita lakukan mestilah berdasarkan niat.. Untuk apa kita pergi sekolah.. Untuk apa kita pergi kerja dan sebagainya.. Niat sgt penting dalam membuat sesuatu perkara.. Dengan adanya niat kita akan berusaha untuk mendapatkan atau menyiapkan sesuatu perkara.. kalau tak ada niat dalam membuat sesuatu pastinya kita x kan berusaha mendapatkan atau menyiapkan sesuatu perkara.. 

          Dalam islam, setiap niat baik kita mendapat pahala..tetapi niat tak baik kita x pula mendapat dosa..
Di situ terlihat bertapa pemurahnya Allah S.W.T untuk memberi pahala kepada hambaNya.. Cuma kita sebagai hambaNya seringkali terlepas pandang perkara-perkara begini.. Sebenarnya topik yang saya hendak bincangkan adalah niat orang kafir iaitu yahudi dan lain-lain dengan mencipta pelbagai kemudahan seperti 'video game', 'facebook', youtube dan seangkatan dengannya.. Niat meraka adalah satu iaitu untuk melalaikan seterusnya memesongkan akidah umat islam.. Tetapi umat islam masa kini ramai yang tidak ambil peduli malah tidak tahu langsung tentang perkara ini.. Saya ada terdengar tentang penggunaan 'facebook' adalah tidak digalakkan dari sisi islam.. Ianya kerana 'facebook' boleh melalaikan.. Apakah hukum untuk kita jika melakukan perkara yang melalaikan? Fikir-fikirkan lah.. Nak guna semua tu boleh tetapi biarlah dengan niat yang baik dan janganlah sampai terlalai dengan tanggungjawab kita yang sebenar.. Rasanya tak salah untuk kita saling mengingati melalui 'facebook' dan sebagainya.. Pasti boleh jadi baik kalau 'facebook' dan lain-lain yang asalnya untuk menjahanamkan umat islam kita gunakan ke arah kebaikan.. Asalkan niat kita baik.. InsyaAllah..

         Di sini saya tinggalkan beberapa contoh persoalan untuk kita fikirkan bersama.. Untuk apa kita hidup di muka bumi ini? Untuk apa kita menuntut ilmu? Untuk apa kita pergi kerja? Untuk apa kita makan dan minum? Fikir-fikirkan lah.. kerana bagi saya jawapan utama adalah untuk memenuhi tanggungjawab kita sebagai hambaNya.. Segala yang baik datang Allah S.W.T manakala yang buruk datang dari diri saya yang serba kekurangan ini.. Allahuakbar..

Friday 3 February 2012

Pesanan Hati

ツ nota CINTA..pesanan hati ♥

Wahai adam..jika benar kau kasih dan cintakan hawa (wanita) itu ツ
☻♥☻
/█\ /█\
.||. ||. •.♥•

•.♥• Bawalah dia ke jalan ALLAH,
•.♥• Nasihatilah dia,
•.♥• Perbetulkan kesilapannya,
•.♥• Jagalah dia dgn baik,
•.♥• Kasihanilah dia,
•.♥• Lindungilah dia,
•.♥• Berilah kasih syg padanya,
•.♥• Hargailah dia,
•.♥• Ucapkan terima kasih atas kelebihannya,
•.♥• Bersabar dengannya,
•.♥• Terimalah dan cintailah kekurangannya,
•.♥• Jadi IMAM terbaik dan redhalah padanya..

✿..moga dia menunggumu di SYURGA sebagai bidadarimu..amin ツ

:: teman hati ::



^_______^

pasrah vs redha

Seringkali kita mendengar perkataan ini diucapkan dari mulut seorang manusia. Tapi adakah kita sedar tentang maksudnya? Apakah perbezaan antara dua2 perkataan ini? Apakah situasi yg sesuai untuk setiap perkataan? Disini saya akan cuba kongsikan apa yang saya tahu. Sama ada betul atau tidak wallahualam..

Pasrah didefinisikan sebagai perlakuan yang merelakan tanpa berbuat apa2 atau tanpa usaha untuk mengubah apa2. Sebagai contoh, kamu membiarkan saja tuhan menentukan takdir untuk kamu tanpa kamu berusaha mengubah atau mendapatkan sesuatu yang lebih baik. Pasrah akan menyebabkan diri kamu berasa kecewa yang amat sangat jika kamu didatangi dugaan.

Redha pula boleh didefinisikan sebagai perlakuan yang menyerahkan segalanya pada Maha Pencipta setelah kamu berusaha sedaya mungkin. sebagai contoh, setelah kamu berusaha belajar bersungguh-sungguh dan menjawab peperiksaan dengan sebaik mungkin, kamu akan berserah kepada Allah untuk menentukan keputusan yang bakal kamu terima. Redha akan menjadikan kamu lebih tenang menghadapi kenyataan dan dugaan. Kamu juga akan lebih bersyukur. InsyaAllah.

Dari kedua-dua maksud tersebut, kita bole membuat perbezaan tentang redha dan pasrah. kita juga boleh menentukan yang mana satu pilihan kita. InsyaAllah. ^___^