My Blog List

Wednesday 27 June 2012

Salam Terakhir

Assalamualaikum w.b.t, salam terakhir...

Dah berapa hari agaknya aku tak update apa-apa kat sini.. Nak bukak pon malas.. Dengan busy thesis n final lagi..Sedar tak sedar dah 13 entry aku berjaya post kan.. Dan ini adalah post yang terakhir kali.. Lepas ni no more blog.. No more calling as Blogger.. No more abg belogger.. No more blogger boy...hahaha... Actually it's annoying.. Very annoying..wanna know why.... Meh aku ceritakan..^__^

Sebenarnya niat aku ber blog ni adalah untuk berkongsi something.. Something yang lebih kepada positif.. Aku tak buat blog ni untuk suka-suka.. Bukanlah maksudnya aku share benda-benda baik,  bererti aku ni baik.. 

► Kita tulis benda2 baik..Tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang kurangnya kita tak tulis sesuatu tak baik kan? ✔
► Kita cakap benda baik, tak semestinya kita baik..
»» tapi sekurang-kurangnya kita tak cakap perkara2 tak baik kan? ✔
► Kita buat baik, tak semestinya baik..
»» tapi sekurang-kurangnye kita tak buat benda yang tak baik kan? ✔
••► Kita bukanlah bagus sangat..tapi InsyaAllah, tak salah kita menuju dan berusaha untuk menjadi baik.

Ianya sangat menjengkelkan apabila ber blog pon jadi bahan ketawa.. Sangat-sangat menjengkelkan apabila apa yang di post di nge'dog'kan(tak sedap pulak kalau guna bahasa yang biasa)..hehehe..Terasa sangat sedih apabila niat kita di salah erti kan.. Semua perkara tu kalau di cakap sekali je tak mengapa..tapi kalau berulang kali rasa fed up jugak dengarnya.. Berbulu je rasanya..hehehe.. Dari asyik buat orang tambah dosa je baik aku stop je..tapi tak apa lah.. Adatlah semua tu.. Manusia memang gitu.. Kalau semuanya skema or tak reti nak membahan or menge'dog' tak ada warna lah dunia ni..hehe

Tapi apa-apa pun aku bersyukur sebab niat aku untuk menulis blog dah pon terlaksana.. Apa yang aku inginkan dah pon aku buat.. Alhamdulillah.. Seronok jugak ber blog ni sempena post yang terakhir ni aku kongsikan lirik lagu ni..^__^

Bukan Kerna Nama by Ramli Sarip

jangan kau pandang bibir yang manis
kerna ia bisa menghancurkan
jangan kau pandang wajah yang indah
kerna ia bisa meracunmu
dengar lah wahai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

jangan kau alas hatimu itu dengan warna kehitaman
biarlah seperti anai-anai lambat laun hancurlah dirimu
dengar lah wahai teman
dengarkan bersama
aku menulis bukan kerna nama
kerna sifat kasih pada sesama insan
dan menyatakan kasih sayangku
kita sama semuanya sama
apa yang ada hanyalah kehidupan

Selamat tinggal blog.. Selamat tinggal kepada yang rajin membaca(kalau ada lah)..hehe.. Mungkin 1 hari nanti aku akan ber blog lagi.. Mungkin....... Setakat ni jelah yang mampu aku kongsikan..aku bersyukur untuk 14 entry yang berjaya aku buat ni.. Alhamdulillah.. Harap-harap segalanya mendapat rahmat dariNya..^__^

Sunday 17 June 2012

Ayah, Bapa, Papa........????

Assalamualaikum..


          Hari ni hatiku tergerak dan tersentuh apabila terbaca status-status yang di update kan oleh kebanyakan kawan-kawanku di muka buku.. Apa yang di update oleh mereka ialah berkaitan hari bapa.. Kebanyakannya mengucapkan atau wish hari bapa kepada bapa mereka.. Tak kurang juga ada yang meluahkan isi hati, ucapan terima kasih kepada bapa mereka dan macam-macam lagi.. Alhamdulillah.. Betapa bagusnya mereka kerana menghargai insan yang bergelar bapa..


           Kenapalah hati ku tergerak untuk menulis tentang ni?? Kenapalah hatiku tersentuh bila terbaca status-status oleh kawan-kawanku di muka buku??hurmmm... Sebenarnya aku terfikir untuk menulis entry ni petang tadi.. Tapi tiba-tiba terlupa tentang hal ni.. Puas ku berfikir apa yang hendak ku tulis sampai ke lewat malam ni baru teringat..hehehe..  Oleh kerana dah teringat ni elok rasanya aku kongsikan di sini untuk jadi tatapan atau bahan bacaan kepada yang membaca.. Dan juga mungkin ada perkara yang aku boleh kongsikan bersama.. Lagi-lagi kepada orang yang mungkin senasib dengan ku.. InsyaAllah..


            Sebelum aku bagi tahu kenapa aku tergerak untuk menulis dan kenapa hatiku tersentuh dengan status-status berkaitan hari bapa di muka buku aku nak kongsi satu cerita.. Tahun ni umur ku dah hampir mencecah 23 tahun (hampir ye tapi belum lagi)..hehehe.. Kalau orang dulu-dulu dah jadi bapa kepada 3 orang anak agaknya.. Masuk tahun ni dah 18 tahun aku hidup tanpa ayah.. Ayah ku meninggal dunia pada tahun 2000.. haa mesti anda pelik kan.. Tahun 2000-2012 baru 12 tahun.. Kenapa aku mention kan 18 tahun??? hurmm.. Ni la yang sering menjadi persoalan kepada orang yang tanya aku tentang hal ayah aku..


            Sebenarnya ayah telah meninggalkan aku dan keluarga ketika umur aku 5 tahun.. Sebenarnya mak dan arwah ayah berpisah atau bercerai pada masa tu.. Masa tu aku kecil lagi.. Tak faham pon apa yang terjadi.. Yang aku tahu ayah dah tiada lagi dalam family.. Dia pergi mana aku tak tahu.. Kenapa dia tinggalkan kami pon aku tak tahu.. Sebenarnya aku tak ingat sangat pasal zaman kanak-kanak ku.. Mungkin sebab zaman ni banyak yang pahit dari yang manis.. Ok berbalik pada cerita tentang ayahku.. Lepas dia tinggalkan kami hidup kami memang susah.. Dan start dari dia tinggalkan kami tu jugak lah aku membencinya dan berdendam dengannya..hurmm bunyi macam marah sangat ye tak.. Sebenarnya time tu memang aku marah dan benci sangat kat dia.. Aku salahkan dia atas semuanya yang terjadi pada family ku..


            Alhamdulillah satu hari Allah bukakan pintu hatiku untuk maafkan insan yang bergelar ayah ku ini.. Tapi tak lah amik masa yang cepat.. Mahu-mahu makan masa sampai 12 tahun baru aku dapat maafkan dia.. Syukur padamu Allah kerana memberiku nikmat kemaafan yang sangat-sangat indah ini.. Dari usiaku 5 tahun sampai lah usia ku menjangkau 17 tahun hidupku bergelumang dengan perasaan benci dan dendam.. Hidupku tak pernah tenang ketika itu.. Tapi bila dah memaafkan dia rasa macam lahir semula..wahhh gitu..macam tahu je macam mana rasa lahir semula.. Perasaan yang sangat tenang dan indah ku rasakan saat itu.. Seperti tiada apa yang membebankan aku.. Aku sedar walau macam mana sekali pon aku benci dan marah dia, dia tetap ayah aku.. 


             Haaa... tapi 1 je perkara yang aku jeles dengan orang lain(yang still ada ayah).. Aku jeles bila mereka cerita pasal ayah mereka.. Aku jeles bila lihat atau ternampak ayah mereka datang berjumpa mereka.. Aku pulak takde memori tentang ayahku..hurmm.. Aku tak ingat langsung n tak tahu langsung apa perasaan ada ayah.. Macam mana eh rasa ada ayah?? Tu persoalan yang selalu bermain di fikiran ku.. Aku nak sangat rasa perasaan tu.. Tapi dah tertulis sejak azali lagi yang itulah ketentuan untuk ku.. Aku terima semua seadanya.. Sebab aku yakin semua yang berlaku ada hikmahNya..


             Apa yang mampu ku lakukan sekarang hanyalah berdoa untuk arwah supaya di tempatkan di tempat orang-orang yang dirahmatiNya.. Tulah sebabnya kenapa aku terdetik untuk menulis tentang hal ni.. Dan juga kenapa aku tersentuh bila baca status-status dari muka buku kawan-kawan ku berkaitan hari bapa.. Selamat Hari Bapa kepada semua bapa-bapa di dunia.. Harapnya aku mampu menjadi bapa yang terbaik, ketua keluarga dan juga imam yang terbaik kepada bakal anak-anak ku nanti.. InsyaAllah..


p/s: Kepada yang membaca diharap dapat mengambil beberapa pengajaran dari kisah di atas.. Sama-samalah kita menghargai apa yang kita masih ada dan juga bagi yang sudah tiada, jangan bersedih kerana kamu masih mempunyai Allah yang maha penyayang.. Sentiasalah berdoa untuk si dia yang telah pergi..^__^

Thursday 14 June 2012

Tiga tahun sudah????

Assalamualaikum..


     Sedar tak sedar dah nak habis tiga tahun aku belajar kat UITM Puncak Perdana, Shah Alam ni.. Tinggal lagi seminggu kelas je.. Teringat masa sem satu dulu..time mula-mula masuk U.. Dalam hati asyik tanya bila la nak habis ni.. Lamanya tiga tahun ni..Tapi bila dah sampai tiga tahun ni rasa kejap sangat pulak..hehe
    
    Banyak perkara yang aku belajar selama tiga tahun ni.. Kalau nak cerita semua kat sini mahu jadi esei terpanjang di dunia..hahaha.. Pengalaman selama tiga tahun ni mematangkan aku.. Bukan mematangkan sikit tapi aku rasa sangat-sangat mematangkan aku..
     
    Di sini lah aku belajar hidup jauh dari keluarga.. Selama tiga tahun ni aku lebih mengenali dunia.. Lebih mengenali orang.. Lebih mengenali kawan.. Walaupon pada mulanya aku tak suka kos yang aku belajar ni.. Selama enam sem ni aku takde banyak target untuk dicapai.. Yang aku pasti aku ada dua target atau harapan yang dah tercapai.. Alhamdulillah.. Syukur padaMu Allah.. Target /harapan tu pon aku mula inginkannya time sem dua gitu..


     Kedua-dua target tu pon aku dapat capai masa sem enam.. Alhamdulillah kerana diberi kesempatan.. Ianya something yang sangat-sangat berharga bagi ku.. Baru terasa sedikit kehidupan sebagai seorang pelajar U.. Almaklum jelah belajarnya kat tempat yang sangat-sangat 'menyeronokan'.. Semua kenangan ni pastinya akan ku sematkan dalam memori yang tak kan ku delete sampai bila-bila.. InsyaAllah..


     Disini jugak lah memberiku inspirasi untuk meneruskan lagi pembelajaran ke peringkat lebih tinggi.. InsyaAllah jika ada rezeki.. Pengalaman hidup disini akan sentiasa menjadi kenang-kenangan buat diriku ini.. Lecturerku, fakulti, kolej, and the most important thing kawan-kawan ku.. Seronok mengenali kamu semua especially pelajar IM223 post STPM.. Tidak ketinggalan kawan lelaki yang memang terbaik.. Terutamanya budak-budak rumah ku ini..hahaha..


     Belum pon abis sem ni tapi aku dah start rindu korang semua.. Gila betul aku ni..hahaha.. aku cuma mengharapkan yang terbaik untuk sem ni buat diri ku dan juga korang semua.. Sayangnya aku tak dapat nak join korang masa ambik watikah ijazah nanti.. Sedih betul.. Ni lah satu-satunya perkara yang paling aku terkilan selama enam sem belajar kat sini..huhu.. Tapi aku tumpang gembira sebab kawan-kawan ku sudah setapak dihadapan ku.. Sudah pasti akan ku kejar..hehehe..
 




    Aku sungguh gembira selama belajar disini..Walaupon setiap kali tengok result taklah menggembirakan hati..hahaha.. Rasanya tu jelah sedikit ringkasan dari luahan isi hatiku.. Semoga apa yang sedang kita lalui ini diberkati oleh Allah S.W.T..amin..^__^

Wednesday 13 June 2012

Diselubungi dan dibayangi oleh kata-kata??

Assalamualaikum.. Maaflah masuk post yang ini dah dua post berkaitan bicara hatiku..mungkin boring sikit.. tapi harapnya kita lihat lah dari sudut yang positif..^__^

Bismillah.. 
      
       Baru-baru ini diriku diselubungi dengan kata-kata atau lebih tepat dengan 1 ayat..Seringkali akal fikiran dan hati ku terbayangkan perkataan itu(rasanya x perlulah nak mention kan perkataan tu).. Boleh dikatakan sejak mendengar perkataan itu keluar dari mulut someone(rasanya tak perlulah nak mention kan jugak) hidup ku seringkali diselubungi rasa yang tidak best.. Hidupku seperti diselubungi perasaan bersalah..perasaan sedih..dan kadangkala perasaan yang tidak ku mengerti..

       Kadangkala aku menangis sendiri.. Yang pastinya jiwaku tidak lagi tenteram.. Sampai bila nak rasa macam ni??.. Mungkin kerana aku tidak pernah menjangkakan perkataan itu keluar dari mulut orang itu.. Yang pastinya hidupku kini diselubungi perasaan bersalah..

       Aku cuba melupakan tapi sia-sia saja..  Kerana perkataan tu seringkali menjengah di fikiran ku.. Kadangkala aku rasa seperti aku perlukan someone yang memahami ku..tapi itu pon sia-sia..tiada orang yang memahami ku.. Termasuklah my best friend sekali pon.. Aku hanya mampu merintih dalam hati ku sendiri.. Sambil di luar teruskan  memberi senyuman kepada dunia.. Lagi pon aku tahu pada siapa patut aku mengadu.. Hanya pada DIA.. Hanya ALLAH..^__^

nukilan hatiku..

Kepadamu yang tiada ganti..


Ku pendamkan perasaan hati.. Ku lemparkan senyuman seikhlas hati.. Sembunyikan rasa hati ini.. Ku pergi sendiri dan berharap tidak kembali lagi(diri yang lalu).. Maafkan segalanya.. Maafkan atas perbuatanku.. Ku tahu banyak pengorbanan telah dirimu lakukan.. Segalanya keranamu.. Segala yang telah ku capai hari ni hanya kerana mu..

Maafkan diriku yang banyak menyusahkan mu.. Aku pernah terlalai dalam hidup ini.. Terlalai tentang pengorbanan mu.. Terlalai tentang tanggungjawab ku..Terlalai dengan hidupku ini.. Dengan dunia ini.. Dengan hawa nafsu ku ini.. Terlalai dengan hasutan iblis dan syaitan.. Tanpa ku sedar yang kelalaian ku ini membawa kepada penambahan bebanan padamu.. 


Maafkan aku... Bukan ku tidak sedar akan pengorbanan mu selama ini.. Ku sedar tentang itu.. Tapi seperti yang dirimu kata padaku bahawa aku seorang yang lalai.. Memang benar aku seorang yang lalai.. Aku akui itu.. Aku sering kali terlalai.. Lalu menyusahkan orang di sekelilingku.. Maafkan atas kelalaian ku itu.. 


Maafkan aku.. Itu saja yang mampu ku ungkapkan.. Aku tahu aku tidak menjadi seperti yang dirimu harapkan.. Tapi aku juga tahu dirimu tak pernah putus harapan terhadap diriku.. Aku tak mampu untuk menjanjikan apa-apa kepadamu.. Hanya yang ku harapkan bahawa dirimu tahu segalanya yang ku cuba lakukan adalah untuk dirimu.. Walaupon dirimu tidak tahu tentang itu saat ini.. 


Maafkan aku.. Kadangkala keras kepala.. Maafkan aku.. Untuk segala kata-kata ku yang mugkin mengguris hatimu.. Maafkan aku kerana tidak menunjukan rasa kasih dan sayang kepada mu.. Tanpa pernah ku memberitahu yang dirimu adalah insan yang paling ku sayang.. Insan yang menjadi idola ku dulu, kini, dan selamanya..


Maafkan aku untuk segalanya.. Tiada janji yang mampu ku taburkan.. Aku hanya mampu mencuba..mencuba untuk jadi yang lebih baik.. Cuba untuk membahagiakan mu..Cuba untuk membuatmu tersenyum.. Yang ku harapkan ketika ini hanyalah doa, restu darimu.. Dan berharap tidak akan lalai lagi..


Inilah sebahagian kecil nukilan hatiku untuk insan paling disayangi..^_^

Saturday 9 June 2012

ujian Allah??

Assalamualaikum.. 
   Ujian Allah.. Apakah yang kita faham dari maksud perkataan itu?? Ramai antara kita seringkali terlepas pandang atau x mengerti tentang maksud perkataan itu.. Malah ada di antara kita yang seringkali mempersoalkannya.. Tidak kurang juga ada yang marah-marah bila diuji.. MasyaAllah..


    Adakah kita faham apa maksud sebenar ujian Ilahi ini?? Kenapa kita sering mempersoalkannya?? kenapa kita mesti marah-marah bila diuji?? Untuk mendapatkan kepastian untuk segala persoalan di atas kita kena kupas hal ini dengan mengetahui dan memahami pengertian ujian Allah tersebut..


    Dari perspektif pandangan akal fikiran dan mata hati saya yang hina lagi lemah di sisi Tuhan pencipta segala yang ada di langit dan di bumi, saya berpendapat yang ujian Allah bererti pesanan Allah atau pon peringatan Allah kepada hambaNya.. Selain itu, ianya juga untuk menguji tahap keimanan seseorang hambaNya.. Apakah yang kita faham tentang tentang pesanan atau peringatan Allah kepada hambaNya??? apa pula yang kita faham tentang menguji tahap keimanan seseorang hambaNya??haaa..ni la yang kita sering abaikan atau terlepas pandang dalam kehidupan kita setiap hari.. 


     Kita hendaklah memahami maksud dan tujuan sesuatu perkara yang terjadi terlebih dahulu sebelum memberi apa-apa respon.. Dalam hal ujian Allah ini, kita hendaklah tahu yang Allah menguji kita kerana Dia memberi kita peringatan tentang perkara yang mungkin kita terlepas pandang, lupa atau juga mahu mengingatkan tentang dosa-dosa yang telah kita lakukan..haa nampak tak.. Bertapa mulianya Allah.. Dengan memberi ujian tersebut, maka harapnya kita sebagai hamba sedar akan apa yang di ingatkan oleh Allah itu dan mengambilnya sebagai pengajaran.. Kita perlu sedar yang iman kita ini sangat nipis.. Kita tidak tahu sebanyak mana atau setebal mana iman kita.. Jadi Allah menguji tahap keimanan kita seterusnya memberi kita gambaran yang iman kita di tahap mana..Allah menguji tahap keimanan kita bukan kerana Dia tidak tahu di mana tahap keimanan kita.. Dia maha mengetahui segala yang di langit dan di bumi..Allah mahukan hambanya sentiasa mendekatkan diri denganNya.. Dengan cara itu keimanan akan bertambah.. Lihat lah.. Bertapa sayangNya Allah kepada kita.. Bertapa ingatNya Dia kepada kita.. Tapi adakah kita sayang padaNya?? Adakah kita ingat padaNya?? Tepuk dada tanya la diri sendiri..


      Sama-sama lah kita renungkan dan ambil iktibar.. Apa yang baik datang dari Allah dan segala kelemahan datang dari diri saya.. Kita ingatkan sesama kita dan dalam masa yang sama kita belajar juga..


anak pak dollah kelihatan lembik,
duduk berseorangan di depan laman,
lahirnya kita dalam keadaan baik,
harapnya sampai ke syurga idaman..^__^

Thursday 7 June 2012

Menyusahkan??

Assalamualaikum..salam sejahtera..

   Saya tertanya-tanya apakah perasaan seseorang itu bila tahu yang dia seorang yang menyusahkan..lagi-lagi jika orang yang mengatakan itu adalah orang yang rapat dan di sayangi.. Bagi saya ianya perasaan yang sangat2 menyedihkan..rasa seperti diri tak berguna..seperti diri tak boleh diharap..

   Salah ke jika ada niat x nak menyusahkan lagi??salah ke jika kita ingin berusaha sendiri??salah ke jika kita x nak berharap pada orang??salah ke jika tak nak meminta bantuan kerana takut akan mendatangkan kesusahan??

   Kita tiada niat untuk menyusahkan orang, tapi perkara tu terjadi jugak..Bukan kita pinta..Tapi ketentuan dariNya.. Memang adakala kita lalai.. bila lalai maka wujudlah rasa menyusahkan.. Menyusahkan orang-orang sekeliling kita.. Orang-orang yang ada kaitan dengan diri kita.. Kerana kita hidup di dunia ini bermasyarakat, berkeluarga, dan berkawan..lain la kalau hidup sorang diri..takda orang disekeliling..

    Kepada hati sesiapa yang merasa seperti diatas:-
 
                          1. bersabar la wahai hati..
                          2. jangan bimbang Allah sentiasa ada..
                          3. mengadu la padaNya
                          4. kuatkan hati
                          5. buktikan kepada semua anda sebaliknya


     Setiap apa yang terjadi ada hikmah.. Setiap apa yang terjadi mengajar kita erti kedewasaan.. Setiap apa yang terjadi adalah untuk memberi kita pengajaran agar tidak melakukan kesilapan yang sama lagi.. Dan setiap apa yang terjadi kadang-kadang menyakitkan tapi insyaAllah manis di kemudian hari jika kita belajar dari kesilapan itu.. Be strong..^__^